Tuesday 1 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Hi Semua...

Masih mood tahun baru kan? Bunga pun dah lama tak update blog sebab sangat sebok sejak akhir2 ni... Dikesempatan ini Bunga harap pada tahun baru semoga menjadi Baik daripada yang Terbaik.. Semua orang nak kan macam tu kan?

So.. Ini salah satu Bunga jumpa satu Quote dalam internet.. Memang amat sesuai untuk diri kita sendiri sempena permulaan tahun 2013 ini...

"Don't go out there and search, because you won't find it. Don't go sit there and wait, because it won't come to you. Just live your life and see what will cross your path"

Semoga tahun ini jugak memperbanyakkan ibadah dan medekati pada yang Esa..

Peace No War
Save Palestine

♥BS♥


Sunday 30 September 2012

Kawen oh Kawen

Zaman sekarang ni sebut kawen je... Orang akan fikir gift apa akan dapat kan? Ada yang dapat telor kotak, paper bag dalamnya ada macam2 isinya contoh nya gelas, kerepek, baulu, gula2 dan lain2 la ikot bajet tuan rumah.. Kalau Bunga kawen Bunga akan bagi bunga telor je lah.. Sebabnya memang adat turun temurun adat melayu iaitu bagi telor..

Menurut bonda Bunga pada zaman dulu kala, orang2 kita hidup susah miskin.. Jadi bila ada majlis kawen mereka akan bagi telur sebagai ucapan terima kasih kerana sudi datang menjamu selera dan 'duit kaut' yang diberi kepada tuan rumah..

Tapi sejak awal tahun 2000 masyarakat melayu kita akan mengikut trend iaitu trend paper bag.. Dan sekarang tahun 2012 kalau Bunga pergi mana2 kenduri kawen Bunga akan dapat coklat yang diisi dalam kotak, biskut famous amous yang diisi dalam balang kaca yang comel, gula2 potong juga diisi dalam botol comel.. Tapi hari ni Bunga pergi ke kenduri anak teman Bunga di Selayang Bunga diberi 1botol kecil Jem Strawberry sangat comel dan menarik..

Walau apa-apa pun pemberian orang kita kena terima seikhlasnya.. Jangan mengumpat belakang ya jika tuan rumah hanya memberi sebotol air mineral sahaja.. :)

♥BS♥


Saturday 29 September 2012

Drama Adam dan Hawa 2012

Sekarang ni drama ni memang sedang hangat sekarang.. Tapi hanya ada di Saluran Mustika HD Astro sahaja.. Memandangkan Bunga tak ada Mustika HD hanya decoder Astro lama so Bunga tak ada peluang langsung menonton di rumah.. Tapi Bunga selalu juga menonton secara ''onlinr'' sahaja di Samsung Galaxy Note.. hehe..

Kesimpulan drama ini ia diadaptasi dari sebuah novel Adam & Hawa penulis Aisya Sofea.. Bunga beli novel ni pada tahun 2008 sedangkan novel ini sudah ada di pasaran pada tahun 2006.. So sekarang ni dah banyak drama adaptasi dari novel antara Ombak Rindu..

Berbalik pada Adam & Hawa ni.. Bunga sangat suka cerita dari novel mahu pun drama.. Boleh dikatakan pengarah mengikut 100% jalan cerita dalam novel.. Sungguh teruja sekali bila barisan pelakon yang fresh antara Nadiya Niesa dan digandingkan dengan actor paling hangat Aaron Aziz.. Sebab itu lah drama ni menjadi lebih hangat.. hehe..

Kalau kalian ingin tengok trailer sila klik 

http://www.youtube.com/watch?v=SXXpp_DNI4c&feature=youtube_gdata_player

♥BS♥

Newbie of Blogger

30 September 2012 1.35am

Assalamualaikum,

Dengan rasminya saya merasmikan Blog saya bernama Bunga Seroja.. Sekarang ni memang terlalu ramai blogger di Malaysia mahupun di seluruh dunia. Termasuk la Bunga  sendiri.. Bunga lebih gemar berFB berTwitter dan Berinstagram kerana dengan 3 'benda' boleh jumpa kenalan baru dan juga lama.

Berbalik pada Blog ini.. Bunga sebenarnya tak terlintas langsung nak 'create' blog ni..Tapi memandangkan ramai kawan2 Bunga ada blog, jadi apa salahnya Bunga ada 1 kan?

So Bunga agak kekok dan kurang pandai lagi bagi mendalami blog ini.. Tapi Bunga akan cuba menghiasi dunia blogger ini untuk Bunga dan pengikut2 Bunga (itu pun kalau sudi.. hehe)

Dengan itu... Salam Perkenalan untuk semua :)